top of page

MAKLUMAT 

IMG-20181013-WA0024.jpg
ZUMBA 

Zumba merupakan satu senaman aerobik lengkap kerana ia menggabungkan aspek kecergasan dan kekuatan

 

Zumba mampu membakar lemak, mengekalkan kecergasan, meningkatkan tahap metabolisme dan boleh mendorong kepada pembinaan otot pada lengan, kaki, paha dan juga pinggul.

 

Tarian zumba menggabungkan pelbagai rentak dalam senaman menggunakan muzik latin dan juga muzik lain yang bersesuaian.

download.jpg
JOGING

Joging adalah jalan secara cepat atau berlari kecil untuk menyerap oksigen

Joging dapat menggalakkan otot jantung bekerja, dengan itu ia akan merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.

 

Joging juga mampu merangsang otak, merembeskan hormon endorfin, meningkatkan mood, menguatkan sistem imunisasi, merangsang pengaliran darah dengan baik dan dapat membantu menangani tekanan.

BADMINTON

Badminton boleh dijadikan sebagai satu aktiviti senaman ringan. Badminton memerlukan pemain berlari, melompat dan bergerak pantas. oleh itu, ia dapat meningkatkan kelenturan badan dan ketangkasan. 

Permainan badminton dapat membina otot (bahu, perut, kaki, lengan, pinggul), meningkatkan isipadu tulang & mengurangkan risiko osteoperosis, dapat mengurangkan kolestrol dan dapat mengurangkan berat badan serta dapat meningkatkan keihatan mental.

bmi.jpg
INDEKS JISIM TUBUH 

 Cara mengira BMI :

Berat badan (kg) 

Tinggi (m) x Tinggi (m)

Apakah klasifikasi BMI?

Jika BMI anda (kg/m²) : 

< 18.5

Kurang berat badan

18.5 – 24.9

Mempunyai berat badan unggul

25 – 30

Berlebihan berat badan

30 atau lebih

Obes

PIRAMID AKTIVITI FIZIKAL

Piramid aktiviti fizikal boleh dijadikan sebagai panduan yang mudah untuk membantu kita menjadi lebih aktif secara fizikal setiap hari. Bermula dari aras yang paling bawah, aktiviti-aktiviti yang disenaraikan  adalah aktiviti yang harus dilakukan dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya dilakukan setiap hari. Manakala aktiviti yang disenaraikan pada aras teratas piramid adalah aktiviti yang harus dihadkan.

PED-3.-Healthy-Ways-to-Approach-Your-Chi
PANDUAN SEBELUM DAN SELEPAS ​MELAKUKAN SENAMAN
NJ.jpeg
NJH.jpeg
NJK.jpeg
senmn1.jpeg
chiminum.jpeg
kasut.jpeg
senm4.jpeg
snmn5.jpeg

MAKANAN SEIMBANG

Definisi : pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan badan 

● Manusia memerlukan makanan & vitamin untuk pembesaran dan juga untuk kesihatan yang baik. Pengambilan makanan yang seimbang dan vitamin yang mencukupi akan menjadikan :

- Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal

- Mampu mengawal kadar obesiti 

- Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu

- Mengurangkan risiko penyakit bahaya (kanser, serangan jantung, angin ahmar, lebihan kolestrol,tekanan darah tinggi)

Tips Diet Seimbang

 

Diet seimbang adalah amalan diet yang mengikut dari piramid makanan iaitu mengurangkan makanan yang berkolestrol tinggi dan amalkan makan buah-buahan serta bijirin.

1) Ambil makanan yang seimbang mengikut piramid makanan

2) Minum air yang mencukupi setiap hari

3) Lakukan senaman

4) Tidur yang mencukupi

www.GIFCreator.me_DcevNz.gif
the-best-green-smoothie-in-a-glass.jpg
GREEN SMOOTHIES 

Green smoothies atau jus hijau adalah minuman yang diperbuat daripada epal hijau, nenas, timun, kale, dan tomato ceri

 

Green smoothies kaya dengan klorofil yang baik untuk sistem pencernaan, meningkatkan sistem imun, membersihkan darah dan menghidrasikan tubuh. Oleh itu, green smooties sesuai diminum di pagi hari sebelum memulakan sebarang aktiviti.

●1 CUP NENAS

●1/2 BIJI EPAL HIJAU

●1 BIJI TIMUN JEPUN

●1 GENGGAM KALE

●6 BIJI TOMATO CERI

●1 SUDU MAKAN WHEATGRASS POWDER

●1 SUDU TEH CHIA 

●1 SCOOP WHEY ISOLATE (PROTEIN)

BEKUKAN SAYUR DAN BUAH KEMUDIAN DI KISAR KESEMUA SEKALI

KREDIT - DR ILYLIA JAMIL

 

Ringkasan kepada High-intensity Internal Training

Ia sejenis latihan berintensiti tinggi yang berkitar selama 4-30minit yang dilakukan secara berselangan dengan rehat yang singkat

Contoh : 1) Latihan pecut

                   2) Berbasikal

                   3) Berenang

                   4) Melompat tali

                   5) Angkat berat

● Kebaikan : kebolehan untuk mencabar ketahanan diri serta membakar lemak dalam masa yang singkat

* Perlu dilakukan dengan kesungguhan yang tinggi

* Gunakan sepenuh tenaga melawan keletihan dan kepenatan otot untuk teruskan senaman 

* Namun setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. Jadi, anda perlu bersenam mengikut   intensiti   badan anda sendiri

arrow.gif
20686948-happy-fat-man-with-big-smile.jp
IMG-20181013-WA0080.jpg

Balanced Mind In a Balanced Body

bottom of page