top of page

LATAR

BELAKANG

LATAR BELAKANG PPIP #USMFIT?
​
 PPIP #USMFIT merupakan suatu program yang digerakkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM). Aktiviti PPIP#USMFIT  dikendalikan oleh urusetia PPIP#USMFIT untuk warga PPIP yang terdiri daripada pensyarah, staf dan pelajar. Antara aktiviti yang diadakan ialah campus walk, zumbarobik, badminton, mendaki, SIG dan ceramah kesihatan dan kecergasan.
​
Pelancaran PPIP#USMFIT telah disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Asma Ismail pada 5 Oktober 2018 di Laman Ilmu, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
​
Inisiatif USMFIT telah diilham oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Asma Ismail yang digerakkan oleh warga kampus induk bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, diharapkan produktiviti akan meningkat dan akan mengurangkan perbelanjaan untuk perubatan. Bagi merancakkan gelombang amalan gaya hidup sihat, Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM, iaitu Dr Norehan Mokhtar telah mengetuai usaha untuk mencipta  aplikasi yang dinamakan #USMFIT untuk memantau komposisi badan dalam kalangan peserta yang mengikuti pertandingan USM Weight Challenge
​
​
​
 
OUR MISSION
​
Program ini bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan dan mengawal kadar obesiti dalam kalangan masyarakat.
bottom of page